Stress dengan komputer anda yg selalu meragam?
Anda tidak digalakkan menformat komputer atas sebab - sebab berikut:-
1. Menformat
komputer dengan kerap merupakan satu pembaziran waktu dan tenaga. Secara
lazimnya menformat komputer mengambil masa sejam setengah dan boleh mencecah
sehingga 3 jam jika banyak perisian yang perlu dipasang semula.
3. Menformat
boleh menyebabkan sesetengah peralatan komputer tidak berfungsi lagi.
Diantara peralatan komputer yang sering menghadapi masalah setelah komputer
diformat ialah skrin monitor/laptop, speaker, fungsi rangkaian dan Internet.
Perkara ini terjadi kerana kesemua peralatan ini memerlukan sejenis perisian
kecil yang dipanggil driver untuk berfungsi dengan betul.
Apabila
komputer diformat perisian driver ini dipadamkan dan seringkali tidak dipasang
semula secara automatik. Akibatnya komputer akan berada dalam keadaan separa
berfungsi setelah diformat. Paparan skrin komputer mungkin tidak normal,
speaker mungkin tidak berfungsi dan anda mungkin tidak akan dapat akses
rangkaian atau Internet. Untuk memperbaiki masalah ini, anda sering perlu
memuat turun dan memasang fail driver yang besar dari Internet sebelum komputer
boleh dikembalikan ke keadaan sedia kala.
4. Menformat
komputer boleh membatalkan jaminan. Jika anda membeli komputer berjenama
seperti HP, Dell, Acer, Toshiba dan lain - lain kemungkinan besar komputer anda
tiba dengan jaminan perisian. Jika anda menformat komputer dalam tempoh
jaminan, anda mungkin akan membatalkan jaminan tersebut. Akibatnya anda tidak
lagi layak menerima sebarang khidmat jaminan percuma untuk masalah komputer
anda. Oleh itu jangan sekali - kali menformat komputer dalam tempoh jaminan.
|
Mengugut
komputer tidak akan berhasil
|
5. Menformat
komputer bukan murah. Bagi anda yang sering menghantar komputer ke kedai untuk
diformat, anda boleh membelanjakan sehingga ratusan ringgit setiap kali
menformat komputer. Wang sebanyak itu lebih baik digunakan untuk mengikuti
kursus komputer yang berfaedah atau dijadikan simpanan. Sila berikan maklum
balas di sebelah berkenaan berapa banyak kos format anda.
0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.