//]]>

23 Nov 2012

TUTORIAL : Bagaimana cara nak Root Samsung Galaxy S2/SII


Persediaan

PERSEDIAAN SEBELUM ROOT


Untuk tutorial kali ini, proses root ini hanya untuk model Samsung Galaxy SII versi GT-I9100G sahaja. Anda juga perlu memastikan Samsung Galaxy SII anda menggunakan Android Ice Cream Sandwich (ICS) 4.0.3 DXLP6. Bagi yang masih belum mengemas kini telefon kepada Android ICS 4.0.3, silalah laksanakan pengemaskinian terlebih dahulu dengan menggunakan perisian Samsung KIES. 
Anda boleh muat turun perisian Samsung Kies di sini.
Sila pastikan juga segala driver telefon anda telah diinstall pada komputer masing-masing dengan cara menyambungkan telefon pada perisian Samsung KIES dan tunggu selama 4-5 minit bagi membolehkan driver diinstall secara automatik.



LANGKAH-LANGKAH ROOT SAMSUNG GALAXY S2


Sekarang kita akan memulakan proses root telefon anda :
1. Muat turun fail-fail yang disenaraikan dibawah :
  • Odin -  Download (perlu diextract selepas download)
  • GT-I9100G_LP7_ClockworkMod-Recovery_5.5.0.4.tar Download
  • Root.Zip Download

2. Pindahkan fail Root.zip tadi ke memori telefon anda.
3. Matikan telefon anda. Pastikan telefon anda telah mati sepenuhnya. Tekan butang VOLUME DOWN + POWER + HOME secara serentak untuk reboot ke Download Mode.
4. Jalankan Odin di komputer anda.
5. Sambungkan Galaxy SII GT-I9100G anda ke komputer menggunakan USB data cable. Tunggu sehingga Odin mengenalpasti peranti anda ( ID: COM di Odin bertukar ke warna kuning ).

6. Klik PDA dan pilih GT-I9100G_LP7_ClockworkMod-Recovery_5.5.0.4.tar yang telah di download sebelum ini.
7. Klik pada button Start dan tunggu sehingga proses root selesai. Telefon Galaxy SII GT-I9100G anda akan reboot (tanggalkan USB cable pada masa ini).
8. Seterusnya, matikan telefon anda. Setelah betul – betul mati, tekan butang VOLUME UP + POWER + HOME secara serentak untuk reboot ke Recovery Mode pula.

9. Bila berada pada Recovery Mode, pilih “install zip from sd card” -> “choose root.zip from sd card” -> Klik Yes untuk install. (Gunakan volume key untuk mengawal menu dan power button untuk pilihan).
10. Pilih Reboot Galaxy SII GT-I9100G. Dan selesai. Anda bolehlah menggunakan telefon anda selepas ia di root. Kini kawalan sepenuhnya terhadap telefon anda berada pada tangan anda sepenuhnya.
SELAMAT MENCUBA.

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...