Masalah pada laptop Compaq CQ42 ni lebih kurang macam
masalah kat laptop Compaq CQ40 atau V3000 yang biasanya mempunyai masalah
overheating .
Tapi yang selalunya terjadi overheating adalah pada laptop
yang menggunakan CPU AMD dan GPU ATi atau laptop yang gunakan CPU AMD Turion +
GPU Nvidia, model ni memang selalu akan buat masalah overheating ni.. so kepada
sesiapa yang menggunakan laptop dengan AMD CPU atau yang telah saya senaraikan
diatas, sila-sila lah hantar laptop anda untuk diservis..
Pada pengalaman saya, setelah anda menggunakan laptop anda
lebih dari setahun, berkemungkinan lubang penyejuk atau heatsink dalam laptop
itu telah tersumbat dengan habuk-habuk yang berkumpul sehingga menjadi tebal
seperti Sponge.
Ok berbalik kita pada tips mengesan masalah pada laptop
Compaq Presario CQ42. Kebiasaannya laptop ini akan memberikan signal tertentu
yang membezakan kerosakan yang terjadi..
Contohnya, bila anda ON laptop tersebut, lampu POWER menyala
+ kipas berpusing, tetapi Display pada
LED Screen tidak kelihatan dan ada Blinking LED.
Jika terjadinya
masalah sedemikian, sila rujuk jadual dibawah untuk mengetahui ape sebenarnya
masalah laptop tersebut.
Bagi sesiapa yang tiada kemahiran dalam bidang repair merepair
komputer ni, saya syorkan anda hantar kepada kedai komputer berdekatan anda.
Bagi sesiapa yang berada di shah alam, bolehlah menghantar
laptop anda kat
SMART CYBER CAFE
Pusat Komersil, Seksyen 7
:- caj untuk servis kipas dah cuci bahagian dalam laptop
hanya RM35... termurah di pasaran.....