//]]>

11 Nov 2012

Pembongkaran Teknik Marketing Facebook Sebenar !! (Mesti Baca!!)





Salam sejahtera buat semua … Harap semua sihat dan ceria hari ini …
Bila sebut facebook … siapa yang tak kenal , kalau ada pun yg tak kenal facebook ni mybe dia ni baru keluar dari hutan setelah tersesat semasa mencari buah salak hutan selama 3 tahun .. he he .. gurau jer…

Ya , bercerita tentang facebook .. sebenarnya kita sebagai blogger yang sentiasa dahagakan trafik terutama trafik yang fresh ni boleh memanfaatkan laman tersebut untuk menarik lebih banyak trafik yang fresh ke laman blog kita … ratusan malah ribuan trafik boleh ditarik sehari dari sana sebenarnya .. namun ia bukan semudah yang disangkakan …

mengapa saya kata ia bukan semudah yang disangkakan … ermm.. jalan punya jalan tadi .. saya terjumpa satu artikel yang di tulis oleh seorang IM yang saya kira beliau agak berpengalaman dalam dunia tarik trafik ni .. jom baca apa tulisan beliau ..



Post Asal dari :http://www.gurucyber.net
Hi geng,
Anda pun tahu bukan yang saya ni merupakan seorang yang betul betul meminati social media dalam membuat marketing di internet? In fact, di market international,
Dari Facebook, ke Twitter, ke Youtube, ke Slideshare, ke Tumblr dan sebagainya, saya suka mengaplikasikan “social proof” dan “social connection” dalam membuat marketing di sana.. *mungkin anda pun pernah tengok kan?
Jadi post pada hari ini merupakan sesuatu yang saya fikir amat WAJIB untuk anda baca memandangkan ramai yang kini buat teknik “facebook marketing” pada hari ini..

FAKTA:
#1: Facebook marketing amat famous dikalangan IM dan juga rakyat Malaysia
#2: 99% membuat teknik marketing yang SALAH dalam membuat facebook marketing
Jom kita fikir fikir sedikit…

Facebook sebenarnya ialah sebuat medium sosial dimana anda boleh berinteraksi dengan lebih 300 juta orang dari seluruh Malaysia.. Bayangkanlah, ini merupakan komuniti online terbesar didunia!!

Tetapi ini tidak bermakna apa apa jika anda membuat teknik marketing yang salah di facebook-dan rata rata kebanyakan orang membuat teknik marketing yang salah..
Biar saya terangkan..
Suka tak anda bila anda balik rumah dan anda melihat peti surat anda dipenuhi dengan pamphlet jualan dari orang yang anda tidak kenali langsung..
Setiap hari bertimbun timbun pamplet yang masuk, dan boring anda nak buang pamphlet tersebut.. Sampai rasa nak bakar jek peti surat anda tu kan.. Pernah berlaku?

Sebenarnya, itu merupakan apa yang anda buat dengan traditional marketing di facebook.
Saya tengok banyak teknik facebook (atau variasi) dimana asasnya ialah :
1. Add kawan (atau strangers) banyak banyak di facebook
2. Post status update dengan “pamphlet jualan” anda
3. Buka group difacebook dan kemudiannya add kawan dan spam group tersebut
4. Spam inbox pula..
dan sebagainya..

Anda sebenarnya tak lain daripada orang yang menghantar pamphlet ke peti surat rumah anda tu..
Mungkin apa yang anda buat di berkesan untuk mendapatkan 2-3 orang untuk short term, tetapi long term, tak efisen langsung apa yang anda buat sebab orang akan branding anda kaki spammer atau “orang salesman”..
Bayangkan lah- anda kena spam hari hari- kalau tak spam, takde orang.. Silap haribulan, anda kena “block” oleh admin facebook- habis marketing anda !

JADI APA SEBENARNYA TEKNIK MARKETING FACEBOOK YANG BETUL?
Teknik marketing facebook yang betul sebenarnya merupakan sesuatu yang anda buat untuk membina kredibiliti, authoriti dan juga network anda. Ia sebenarnya “medium”, ataupun “extension” kepada marketing yang anda buat..
Dan disinilah lainnya “newbie facebook” dan juga “expert facebook” marketer..
Newbie facebook kerja dia tag tag gambar dan juga letak status update..
Manakala expert marketer pula membina kredibiliti, authoriti dan network mereka.. untuk menjadi “brand expert” disana..

Contoh:
Tengok Anthony Robbins, tengok Jack Canfield, Tony “Airasia” Fernendez, Tun Mahathir, malah IMer seperti saya sendiri, Gero Azrul (dia hebat nii) Ammar Zahar, Jamal, Rahman Basri dan lihat apa yang mereka buat.. Pasti anda tak akan tengok mereka “tag tag gambar” kan..
Apa samanya “expert facebook marketer ni”

1. Mereka ada Facebook page mereka
2. Mereka memberikan info info hebat berkaitan dengan sesuatu topik dan share di facebook page mereka
3. Mereka menjemput orang ramai untuk “LIKE” page mereka disana
4. Mereka berinteraksi dan berkomunikasi dengan target market mereka setiap hari dan “be on the field” dengan mereka

Jadi apa yang berlaku?
Expert facebook marketer membina loyal following, fans atau peminat mereka lah katakan, dan dari sana, mereka menggunakan jenama, ataupun branding mereka untuk endorse program, minat ataupun kepercayaan mereka (Tun Mahathir dengan politik beliau, dan Tony Fernendes Airasia dengan polisi “everyone can fly”)

Kesimpulannya :
Anda harus mula membina TRIBE anda sendiri.. Anda harus mendapatkan “orang orang” yang bersefahaman dengan anda dan bina komuniti anda sendiri.
Dan ini boleh dimulakan dengan satu langkah mudah:

1. Hari ini, mulakan Facebook Fanpage anda sendiri.
Dari sana, mulakan interaksi dengan dunia luar, share idea idea bernas anda, jemput orang orang yang sefahaman dengan anda untuk LIKE page anda, dan dari sana, bina komuniti anda sendiri.

Remember:
Facebook ini macam kampung global haha.. Anda kena jadi ketua kampung anda sendiri, bukan jadi mamat yang syok buang pamphlet dan lepas tu kena belasah sebab buang sampah merata rata..
Harap harap anda faham dengan apa yang saya share disini :-)


0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...